CARA MENANAM CILI DAN HALIA

PENGENALAN:
Cili ialah sejenis sayur berbuah yang popular dalam kalangan penduduk di Malaysia. Nama saintifiknya ialah Capsicum annum Linn. Ia dipercayai berasal dari Maxico dan Amerika Selatan tetapi kini ditanam di semua negeri beriklim tropika. Sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi masakan yang boleh hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul.

CARA MENANAM:
Berikut adalah kaedah penanaman sayur cili di dalam pasu yang boleh dijadikan panduan.
• Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.
• Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.
• Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.
• Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu.
• Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.










Selamat mencuba di sekolah bersama murid-murid…
MARI KITA CUBA TANAMAN LAIN…

PENANAMAN HALIA
Pengenalan:
Halia adalah sejenis pokok herba berumbisi atau berubi dan ia dikatakan berasalkan dari Malaysia. Nama saintifik halia ialah Zingiber officinale dari famili tumbuhan Zingiberaceae. Ia sebenarnya adalah sejenis tumbuhan liar dan ubi atau rizomnya boleh menjalar di dalam tanah di kawasan yang lembap, gembur dan kaya dengan bahan organik. Umbisinya yang membesar berwarna kuning dan rasanya agak pedas dan beraroma. Bentuk daunnya pula bujur panjang, runcing dan tirus di hujung.
Tahukah anda bahawa halia sebenarnya banyak digunakan sebagai ramuan penyedap rasa bagi pelbagai masakan bukan sahaja masakan tempatan tetepi juga masakan negara lain di seluruh dunia. Namun, ramai tidak menanamnya sendiri tetapi sebaliknya hanya membelinya dari pasar basah, pasar raya dan sebagainya. Sebenarnya pokok ini senang ditanam dan dijaga serta ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Ia juga tidak memerlukan ruang yang luas untuk tumbuh subur bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Oleh itu, tunggu apa lagi jom kita menanamnya sendiri di rumah.









CARA MENANAM HALIA
Ia mudah ditanam menggunakan kaedah penanaman ubi atau umbisinya. Ikuti kaedahnya seperti berikut:
1) Potong ubinya kepada beberapa keratan. Sebaiknya gunakan ubi yang telah mula tumbuh beberapa tunas anak pokoknya. (foto 2)
2) Tanam keratan ubinya tadi dalam medium tanamannya, timbus dan padatkan disekelilingnya agar anak pokok dapat tumbuh subur menegak. (foto 3 dan 4)
3) Siram dan letakkan di tempat teduh. Jangan biarkan medium tanamannya kering kerana ini boleh membantutkan pertumbuhan anak pokoknya.









CARA PENJAGAAN
Ia mampu hidup tanpa penjagaan yang rapi tetapi pastikan keperluannya seperti berikut dipenuhi untuk mendapatkan pertumbuhan pokok yang lebih subur.
1) Medium tanamannya perlulah gembur dan kaya dengan bahan organik serta sentiasa lembap untuk pertumbuhan yang lebih subur. Oleh itu perbanyakkan siraman air terutama pada hari panas atau musim kemarau.
2) Ia sesuai didedahkan kepada cahaya yang banyak dan juga separuh teduh.
3) Gunakan baja organik seperti baja tahi ayam untuk membajanya.
Ia sangat sesuai untuk ditanam ditanah yang lembap di kawasan yang agak luas kerana ia begitu cepat membiak. Ia juga boleh ditanam di dalam pasu atau bekas tanaman berbentuk cantik untuk dipamerkan di laman atau taman.

PERUBATAN/ KESIHATAN
Selain sebagai ramuan perasa dalam masakan, halia juga dikatakan mempunyai banyak khasiat perubatan. Antaranya membuang angin dalam badan dan dapat mengawal kandungan kolestrol dalam darah. Kaedahnya mudah sahaja iaitu dengan hanya meminum air rebusan umbisinya. Era teknologi kini, halia diproses untuk dijadikan minuman, jeruk, krim langsing, krim kecantikan dan sebagainya yang mudah didapati untuk dibeli di kedai, farmasi atau pasar raya.
SELAMAT MENCUBA & MOGA BERHASIL
SELAMAT DATANG KE LAMAN INI
Assalamualaikum..wbt...
Salam sejahtera kepada semua pembaca khususnya pelajar PJJ UPSI PPG ambilan Mac 2011.
Kepada semua pensyarah pula ribuan terima kasih atas jasa memberi ilmu dan bimbingan kepada saya.


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya guru yang menyambung belajar,
Kurang faham tolong jelaskan
Rancangan Pengajaran Harian Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Mata pelajaran               :                     Kemahiran Hidup  ( Pendidikan Khas )
Tema/Tajuk                   :                      Perkebunan
Unit                               :                     4.7     -  Menjaga tanaman
                                                            4.7.1  -  Cara penjagaan tanaman
Kelas                             :                     Kelas 1
Tarikh                            :                    28. 04. 2011 (Khamis)
Masa                             :                   08.00 pagi – 09.00pagi (60 minit)
Bilangan murid               :                     5  orang murid
Bidang pelajaran            :                     Perkebunan
Objektif pembelajaran   :   Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
1.  Merumput di kawasan pokok cili.
                                                2.  Menggembur tanah dibatas tanaman cili.
                                                3.  Menyiram anak pokok cili denagan teknik yang betul.
                                                4.  Membaja tanaman dengan bimbingan guru.

Penerapan nilai murni:a. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti penjagaan tanaman.
b.      Rajin dan teliti semasa melakukan aktiviti penjagaan anak pokok cili di batas tanaman.
c.       Prihatin keperluan asas tanaman

Bahan, peralatan dan bahan sumber: 
-          Tajak tangan  - 2  batang
-          Serampang – 3 bilah
-          Sudip      - 5 buah
-          Sarung tangan  ( mengikut bilangan murid )
-          Topi terendak -5 buah
-          Kasut but kebun- 5 pasang
-          Alat penyiram
-          Baja organik jenis biji

Langkah berjaga-jaga:       1.  Peringatan tentang cara menggunakan alat-alat tajam dengan
                                                betul dan selamat .                  
                                           2.  Pengawasan secara berterusan.
                                           3.  Teguran dan nasihat jika murid melakukan kesilapan.
                                           4.  Pengurusan baja.

Pengetahuan sedia ada:
1.       Murid pernah menolong ibu atau bapa merumput pokok di
 kebun dan kawasan rumah.
2.      Murid pernah menyiram pokok.



Kaedah  :         1.    Projek
2.      Tunjuk cara
3.      Demontrasi

Pentaksiran  :  1.  Latihan amali
                        2.  Soal jawab
                        3.  Pemerhatian



Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
Perbezaan dua pokok:
Pokok yang subur dan pokok yang dijangkiti penyakit
Buat kaitan dengan meminta murid membuat pemerhatian.

Murid memberi respon dengan memberi pendapat dan perbandingan terhadap kedua-dua pokok.
Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas .
Pemerhatian dan membuat perbandingan.
Membuat inkuiri
Menstruktur Menstruktur semula
(20 min)

Penerangan tentang cara penjagaan tanaman agar pokok sentiasa subur.
a. Murid dibawa ke kebun sayur.
b.Langkah keselamatan.
c. Merumput  tanaman dengan tajak tangan.
d. Menyiram dan membaja dengan cara yang betul.
1)Guru membawa murid ke kebun sayur yang dikendalikan oleh mereka.

2)Arahan kelengkapan berkebun.

3)Meminta murid menyediakan  alatan yang akan digunakan.

4)Menerangkan kepada murid cara menyelengara tanaman dan cara penyelengaraan pokok cili agar subur.

5)Menunjuk cara merumput , menggembur, menyiram dan membaja di sekitar tanaman.

6)Menunjuk cara menyukat dan menabur baja dengan betul

1)Murid memakai topi, kasut but dan sarung tangan.
2)Murid melihat dan mencuba alatan serta menyebut nama alatan dan bahan(baja, tajak, serampang, pongkes dll)

3)Murid membuat pemerhatian dan bersoal-jawab tentang proses penjagaan tanaman.

4)Murid mencuba sukatan baja yang betul.
Strategi/
Teknik:
Aktiviti inkuiri dalam kumpulan

Sikap saintifik dan nilai murni:

* Penglibatan aktif
*Berhati-hati, *menghargai.
*bekerjasama
*rajin
*menghargai
Aplikasi Idea
(30  min)
1.Amali menyelenggara pokok cili di batas.

2.Bimbingan proses membaja anak pokok cili.

3.Mengemas dan membersih alatan yang digunakan.
1)Meminta murid mengambil alatan  yang akan digunakan dan membahagikan tugas.
2)Menyoal dan meminta pendapat murid
- bagaimana tanaman menjadi subur?
Membimbing murid ketika proses mencungkil idea.

3)Membimbing kerja murid di kebun:

-merumput
-menggembur tanah
-menyiram tanaman
-menyukat kuantiti baja  dengan betul

4)membersihkan, mengemas dan menyimpan peralatan.




m

1)Murid mengambil alatan dan bahan yang diperlukan untuk menyelenggara tanaman.

2)Setiap murid menyelenggara di bahagian masing-masing.

3)Murid menyukat baja dan menabur baja dengan kuantiti dan cara yang betul.

4)Menyiram anak pokok dengan cara yang betul dengan alat penyiram.


5)Bekerjasama membersihkan alatan berkebun.

Strategi:

Perbincangan kumpulan diikuti amali di kebun.

Sumber pengajaran:

*Pengalaman lawatan
 *benda-benda maujud *penerangan guru. 
Penutup
(5 min)

Soalan:

Lembaran kerja:
    -menyesuai alat
     perkebunan
     dengan  
     fungsinya


1. Guru bersoaljawab dengan murid secara rawak
- Apa akan berlaku jika  tanaman pokok cili
 tidak diselenggara dengan baik?
- Apa aktiviti yang kamu lakukan tadi?
2.Guru memberikan lembaran kerja kepada murid dan   menerangkan cara  membuatnya.


 1.Murid
    memberi
    respon tentang
    soalan yang
    diajukan oleh
    guru  satu
    persatu.



2.Murid  
   mengambil
   lembaran kerja
   sebagai kerja
   rumah
    

Strategi:

Penyoalan keseluruhan kelas






Sumber pengajaran:

Lembaran kerja



Refleksi selepas p & p:
…………………………………………….................................................
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….


Contoh Lembaran Kerja Murid



Fasa 4: Penyoalan keseluruhan kelas dan lembaran kerja sebagai kerja rumah

Soalan:            1) Apa akan berlaku jika  tanaman pokok cili tidak diselenggara dengan
                             baik?
2) Apakah aktiviti yang kamu lakukan tadi?


Contoh lembaran kerja

Nama:_________________________                                    Tarikh: ________________

Suaikan peralatan perkebunan dengan fungsinya.